- Details
-
Published: Thursday, 05 March 2015 15:34
Pada hari Rabu, 28 Rabiulakhir 1436 Hijrah bersamaan 18 Februari 2015 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-41 Tahun.
Read more ...
- Details
-
Published: Tuesday, 18 February 2014 21:00
Pada hari ini, Selasa 18 Rabiulakhir 1435 Hijrah bersamaan 18 Februari 2014 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-40 Tahun.
Berangkat di majlis ini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Read more ...
- Details
-
Published: Wednesday, 04 December 2013 17:00
Pada hari Rabu, 4 Disember 2013 sebelah petang DANA telah mengadakan projek tahunan iaitu Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al- Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Bagi Tahun 2013-2014 dan Penyampaian Sumbangan DANA Dalam Bentuk Kupon Untuk Pembelian Peralatan Dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Yatim DANA Bagi Tahun 2014. Tetamu kerhormat bagi Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seria Setia Awang Haji Suyoi Bin Haji Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana.
Read more ...
- Details
-
Published: Tuesday, 06 August 2013 17:00
Majlis Penyampaian Anugerah Insentive Pelajar Cemerlang Bagi Anak-Anak Yatim Yang Berdaftar Dengan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) 2013 dan Majlis Penyampaian Sumbangan Hasil Kutipan SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2012-2013 diadakan pada hari Selasa, 28 Ramadhan 1434H bersamaan 06 Ogos 2013M bertempat di Dewan Serbaguna, Komplek Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim
Seramai 12 orang pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim telah terpilih untuk menerima Anugerah Insentive Pelajar Cemerlang DANA Tahun 2013 iaitu mereka yang meraih keputusan cemerlang pada peperiksaan awam 2012 iaitu seperti Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (Darjah 6), Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Peperiksaan GCE O-Levels
Read more ...
- Details
-
Published: Monday, 22 August 2011 17:00
Pada hari Isnin, 21 Ramadhan 1432H bersamaan 22 Ogos 2011M, bermula kira-kira jam 5.45 petang, bertempat di Kedutaam Republik Islam Iran telah menjemput lima puluh (50) orang anak-anak yatim yang berdaftar di DANA yang berumur 14 tahun kebawah berserta penjaga masing-masing. Antara aturcara yang diadakan pada hari tersebut ialah berbuka puasa dan sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Awang Mohammad Reza Havaseli Ashtiani, Duta Besar Republik Islam Iran. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai dan Kakitangan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Sekretariat DANA.
- Details
-
Published: Wednesday, 17 August 2011 17:00
Pada hari Isnin, 16 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011M, bermula kira-kira jam 11.30 pagi, iaitu bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$1,852.000 (Ringgit Brunei: Satu Ribu Lapan Ratus Lima Puluh Dua Sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Fatimah binti Haji Aziz @ Haji Giuk dan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.