Pada 15 April 2022, DANA menerima sumbangan dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB menyampaikan sumbangan dari Perbadanan TAIB berjumlah sebanyak B$100,000.00, sumbangan dari Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd yang berjumlah B$10,000.00, sumbangan dari Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd berjumlah B$10,000.00 dan sumbangan dari Darussalam Holdings Sdn Bhd berjumlah sebanyak B$10,000.00
Kesemua sumbangan-sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA.