Pada 12 Julai 2022, DANA menerima sumbangan sebanyak B$500.00 dari Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB) semasa Majlis Ibadah Qurban dan Sambutan ‘Iduladha Tahun 1443H/2022M. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Azliman bin Pengiran Haji Othman, Yang Dipertua BKPYSHHB dan diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pegawai Yayasan bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA





DANA menerima sumbangan sebanyak B$500.00 dari Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TADEKHA) semasa Majlis Ibadah Qurban dan Sambutan ‘Iduladha Tahun 1443H/2022M. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Rithauddin bin Haji Sabtu, Ketua Jawatankuasa Pengurusan TADEKHA YSHHB dan diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pegawai Yayasan bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.