Majlis Iftar Kedutaan Republik Islam Iran 22 Ogos 2011M

2011-0822-iftariran01

Pada hari Isnin, 21 Ramadhan 1432H bersamaan 22 Ogos 2011M, bermula kira-kira jam 5.45 petang, bertempat di Kedutaam Republik Islam Iran telah menjemput lima puluh (50) orang anak-anak yatim yang berdaftar di DANA yang berumur 14 tahun kebawah berserta penjaga masing-masing. Antara aturcara yang diadakan pada hari tersebut ialah berbuka puasa dan sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Awang Mohammad Reza Havaseli Ashtiani, Duta Besar Republik Islam Iran. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai dan Kakitangan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Sekretariat DANA.

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Sekolah Sinar Matahari (Sunshine School)Pada 17 Ogos 2011M

2011-0817-sumbangan01

Pada hari Isnin, 16 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011M, bermula kira-kira jam 11.30 pagi, iaitu bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$1,852.000 (Ringgit Brunei: Satu Ribu Lapan Ratus Lima Puluh Dua Sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Fatimah binti Haji Aziz @ Haji Giuk dan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.