Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-39 Tahun

2013-0220-dpmm01.jpg

Pada hari ini, Rabu 9 Rabiulakhir 1434 Hijrah bersamaan 20 Februari 2013 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-39 Tahun.

Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Emran bin Haji Kuncang, Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Berita Penuh...

Majlis Pelancaran Sms Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2012 – 2013

Pada hari ini, 13 Muharram 1434 Hijrah bersamaan 27 November 2012 Masihi, Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2012-2013 dan Penyampaian Sumbangan DANA Dalam Bentuk Kupon Untuk Pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Yatim DANA Bagi Tahun 2013 diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Hj Samsul Muawan bin Hj Shodiq, Guru Sekolah Menengah Yayasan. Seterusnya ialah ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Puasa bin Haji Jumat, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Seri Mulia Sarjana

2012-1125-sms01

pada Hari Ahad 25hb November 2012 pihak DANA pengiran Muda Mahkota Al-muthadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) telah menerima sumbangan berjumlah B$18,000.00 (Ringgit Brunei: Lapan Belas Ribu Sahaja) yang telah disampaikan semasa acara konsert Peterpan The Musical yang mana diadakan di Jerudung park Amphitheater, sumbangan tersebut yang mana disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu Kehormat Majlis dan diterima oleh Tuan Haji Puasa Bin Haji Jumat wakil bagi ketua pegawai eksekutif Dana.

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Jabatan Ukur

2012-1014-ukur01

Pada Hari Ahad, 28 Zulkaedah 1432H bersamaan 14hb Oktober 2012M, pihak Dana Pengiran Muda A-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) telah menerima sumbangan berjumlah B$6,060.00 (Ringgit Brunei: Enam ribu dan enam puluh sahaja) yang telah disampaikan semasa kejohanan Golf Amal sempena Jubli Intan Jabatan Ukur, yang mana sumbangan tersebut disampaikan oleh Awang Haju Ali Bakar Bin Haji Kasim, pemangku Juruukur Agung dan sumbangan diterima oleh Tuan Haji Puasa Bin Haji Jumat selaku wakil ketua pegawai Eksekutif DANA.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Dari Jerudong Park Country Club

2012-1007-jpcc01

21 Zulkaedah 1432H bersamaan 07 Oktober 2012M jam 2.00 petang bertempat di Jerudong Park Country Club, pihak Dana Pengiran Muda Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah (DANA) telah menerima sumbangan berjumlah B$40,500.00 (Ringgit Brunei: Empat puluh ribu lima ratus sahaja) iaitu hasil kutipan daripada perlawanan Golf Dana Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang mana telah sempurna diadakan pada 05hb Oktober 2012 hingga 7hb oktober 2012.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim

Majlis pada pagi ini diadakan adalah bagi menerima sumbangan untuk Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA). Pada pagi ini, DANA menerima sumbangan keseluruhan berjumlah B$11,305.48 (Ringgit Brunei: Sebelas Ribu Tiga Ratus Lima Ringgit Empat Puluh Lapan Sen Sahaja) daripada empat (4) pihak penyumbang iaitu:

1. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan menyampaikan sumbangan sebanyak B$4,729.88 (Ringgit Brunei: Empat Ribu Tujuh Ratus Dua Puluh Sembilan Ringgit Lapan Puluh Lapan Sen Sahaja). Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dayangku Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad , Pemangku Pengetua Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Pada 1 Oktober 2012

2012-1001-sumbangan00

Majlis diadakan adalah bagi menerima sumbangan untuk Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA). Pada pagi ini, DANA menerima sumbangan keseluruhan berjumlah B$11,305.48 (Ringgit Brunei: Sebelas Ribu Tiga Ratus Lima Ringgit Empat Puluh Lapan Sen Sahaja) daripada empat (4) pihak penyumbang iaitu:

Berita Penuh...

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri The Coffee Bean & Tea Leaf

2012-0919-cbtl01

Pada hari Rabu, 03 zulkaedah 1433H bersamaan 19 September 2012M, bermula kira-kira jam 11.30 pagi, bertempat di The Coffee Bean & Tea Leaf, bangunan Times Square, Berakas telah menjemput tiga puluh (30) orang anak-anak yatim yang berdafter di DANA yang berumur 12 tahun kebawah berserta penjaga masing-masing.

Berita Penuh...