Menurut Akta Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim, (Penggal 185) 'anak yatim' bermakna seorang kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, belum mencapai umur 18 tahun qamariah dan ketiadaan bapa menurut salah satu atau lebih dari keadaan yang berikut:-
- Bapanya telah meninggal dunia
- Tidak di ketahui dimana bapanya berada
- Ditinggalkan oleh bapanya dan tidak diketahui siapa bapanya itu
- Dia adalah anak yang tak sah taraf
DANA sentiasa menerima pendaftaran anak-anak yatim diseluruh negara dari semasa ke semasa. Pendaftaran hendaklah melalui ketua-ketua kampong dan disahkan oleh Pegawai Daerah (mengikut dimana anak yatim berkenan menetap).