DANA menerima sumbangan hasil kutipan melalui acara “Riadah Amal Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-29” anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam



Pada 19 November 2022, DANA menerima sumbangan sebanyak B$4,195.40 iaitu hasil kutipan melalui acara “Riadah Amal Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-29” anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam bertempat di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam.

Berita Penuh...

Sumbangan dari Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB) dan Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TADEKHA) semasa Majlis Ibadah Qurban dan Sambutan ‘Iduladha Tahun 1443H/2022M



Pada 12 Julai 2022, DANA menerima sumbangan sebanyak B$500.00 dari Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB) semasa Majlis Ibadah Qurban dan Sambutan ‘Iduladha Tahun 1443H/2022M. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Azliman bin Pengiran Haji Othman, Yang Dipertua BKPYSHHB dan diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pegawai Yayasan bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA

Berita Penuh...

Sumbangan Kepada DANA



DANA menerima sumbangan sebanyak B$11,950.00 dari Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu yang disampaikan oleh Pengerusi II Kumpulan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah binti Haji Mohamad dan diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.

Berita Penuh...

Majlis Penerimaan Sumbangan bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim dari Persatuan Fuzhou Shiyyi

Pada 3 Jun 2019, pihak Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim telah menerima sumbangan daripada 58 penyumbang terdiri dari ahli Fu Zhou Shiyyi Association (Brunei) dan Fu Zhou Youth Committee. Majlis tersebut telah diadakan di Tingkat 4, Dewan Serbaguna Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Pretty, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.



Berita Penuh...