Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Taib)

2011-0811-taib01

Pada hari Khamis, 10 Ramadhan 1432H bersamaan 11 Ogos 2011M, bermula jam 5.15 petang, iaitu semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa serta Majlis Penyampaian Sumbangan kepada DANA bertempat di Surau Airport Mall. Majlis dimulakan dengan sumbangan dari Kakitangan Perbadanan TAIB sebanyak B$3,497.47 (Ringgit Brunei : Tiga Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh dan Sen Empat Puluh Tujuh Sahaja) dan sumbangan dari Insurans Islam TAIB Sdn Bhd sebanyak B$10,000.00 (Ringgit Brunei : Sepuluh Ribu Sahaja) serta penyampaian "Pelan Tafakul Siswa Khas Untuk Anak-Anak Yatim" bagi tahun 2011 sebanyak $91,000.00 (Ringgit Brunei : Sembilan Puluh Satu Ribu Sahaja). 

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim Dari Lotus Light Charity Society

2011-0708-lotus01

Pada hari Jumaat, 06 Syaaban 1432H bersamaan 08 Julai 2011M, bermula kira-kira jam 2.30 petang, iaitu bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$1,000.00 (Ringgit Brunei : Satu Ribu sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Awang Yeo Tiong Lok, Pengerusi Lotus Light Charity Society dan diterima oleh Yang Mulia Haji Awang Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman , Pemangku Pengarah Urusan YSHHB.

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Kedutaan Besar Republik Islam Iran

2011-0622-iran01

Pada hari Rabu, 20 Rejab 1432H bersamaan 22 Jun 2011M, bermula kira-kira jam 10.00 pagi, iaitu bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$1,220.00 (Ringgit Brunei : Satu Ribu Dua Ratus Dua Puluh sahaja) disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Mohammad Reza Havaseli Ashtiani dan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Fakulti Sastera Dan Sains Universiti Brunei Darussalam

2011-0427-ubd01

Pada hari Rabu, 24 Jamadilawal 1432H bersamaan 27 April 2011M, bermula kira-kira jam 7.30 malam, iaitu semasa Festival Sastera bertempat di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$510.00 (Ringgit Brunei : Lima Ratus Sepuluh sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Haji Awang Mahrub bin Haji Awang Murni, Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan dan diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pegawai Yayasan bagi pihak DANA.

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Persatuan Sepaktakraw Negara Brunei Darussalam (Pestabaru)

2011-0313-pestabaru01

Pada hari Ahad, 08 Rabiulakhir 1432H bersamaan 13 Mac 2011M, bermula kira-kira jam 1.30 petang, iaitu semasa Perlawanan Akhir Kejohanan Sepaktakraw Regu Kebangsaan “Piala YSHHB” sempena Sambutan hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 27 Tahun anjuran PESTABARU dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kebangsaan, Berakas, telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas.

Berita Penuh...

Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (Dana) Dari Guan Electrical Sdn Bhd

2011-0213-guan01

Pada hari Ahad, 10 Rabiulawal 1432H bersamaan 13 Februari 2011M, bermula kira-kira jam 1.30 petang, iaitu semasa Sambutan Tahun Baru Cina bagi syarikat tersebut bertempat di Guan Electrical Sdn Bhd, Bangunan Wisma Haji Daud, Gadong. telah juga diadakan majlis yang tersebut diatas. Sumbangan sebanyak B$1,000.00 (Ringgit Brunei : Satu Ribu sahaja) disampaikan oleh Yang Mulia Mr. S.H. Ang, Pengarah Urusan Guan Electrical Sdn Bhd dan diterima oleh Yang Mulia Haji Puasa bin Haji Jumat, Penolong Pengarah Urusan YSHHB bagi pihak DANA.

Berita Penuh...