DANA menerima hasil kutipan ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2022-2023


Pada hari Selasa, 28 Rabiulawal 1445H bersamaan 24 Oktober 2023M, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) menerima hasil kutipan ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2022-2023 seperti berikut:-

  • Melalui talian perkhidmatan DST sebanyak B$256,165.00 dan seterusnya sumbangan dari Syarikat DST sebanyak B$10,000.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST.
  • Read more ...

    Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2023 (AIPC-DANA 2023)


    Pada hari Selasa, 28 Rabiulawal 1445H bersamaan 24 Oktober 2023M, Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2023 (AIPC-DANA 2023) kepada seramai 15 orang pelajar

    yang terdiri daripada anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2022 iaitu Peperiksaan GCE ‘O’ Level seramai 5 orang, Peperiksaan Sijil-Sijil Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) seramai 5 orang dan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) seramai 5 orang. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA).

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah be



    Pada hari Ahad, 12 Muharram 1445H bersamaan 30 July 2023M – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah berkenan bergambar ramai bersama anak-anak yatim penerima Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2022 (AIPC-DANA 2022)

    Read more ...

    DANA menerima sumbangan dari To’kong China Bandar Seri Begawan



    Pada 21 Mei 2023, DANA menerima sumbangan sebanyak B$4,000.00 dari To’kong China Bandar Seri Begawan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat Majlis

    Read more ...