OBJEKTIF

Objektif bagi memberikan sumbangan kewangan ('grant') kepada maktab-maktab dan sekolah-sekolah Kerajaan dan bukan Kerajaan di seluruh negara ini adalah :-

  1. Sebagai salah satu usaha atau cara bagi menambah sumbangan / kutipan untuk tabung Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) di mana bermula nya pada tahun 2006
  2. bagi menerapkan kesedaran dikalangan warga maktab dan sekolah khususnya para penuntut tentang tanggungjawab sosial dengan memberi perhaitan dan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik khasnya anak-anak yatim
  3. sebagai galakkan dan sokongan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkliah (Yayasan) dan DANA kepada para penuntut untuk membuat kerja-kerja sukarelawan dan kemasyarakatan yang mana hasilnya akan disalurkan kepada anak-anak yatim

LATARBELAKANG

Sepertimana yang dimaklumi, pihak maktab dan sekolah memang sering membuat aktiviti-aktiviti amal (seperti 'walkathon', 'readthon', dll.) bagi mendapatkan / menambah kutipan bagi tabung maktab dan sekolah mereka dan sebahagiannya disumbangkan kepada badan-badan kebajikan termasuk DANA. Bagi memberikan sumbangan kewangan ('grant') untuk menyokong pihak maktab dan sekolah bagi mengadakan aktiviti mendapatkan sumbangan ('fund-raising') adalah kesinambungan daripada jerayawara 'roadshow' DANA yang telah diadakan sebelum ini, dimana ianya adalah usaha DANA untuk mengukuhkan rangkaian kerjasama dengan pihak maktab dan sekolah dalam usaha membantu mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di negara ini.