
DANA menerima sumbangan keseluruhan sebanyak B$40,750.00 daripada 54 orang ahli-ahli Persatuan FuZhou Shiyyi (Brunei).
Pada hari Khamis, 26 Ramadhan 1446 bersamaan 27 Mac 2025, DANA menerima sumbangan keseluruhan sebanyak B$40,750.00 daripada 54 orang ahli-ahli Persatuan FuZhou Shiyyi (Brunei). Di majlis ini, seramai 29 ahli yang terdiri daripada syarikat perniagaan menyampaikan sumbangan mereka dan juga sumbangan dari ahli-ahli yang lain. Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.







