DANA menerima sumbangan sebanyak B$1,311.36 daripada Sekolah St. John
Pada hari Rabu, 2 Jamadilakhir 1446 bersamaan 04 Disember 2024, DANA menerima sumbangan sebanyak B$1,311.36 daripada Sekolah St. John iaitu hasil kutipan melalui Acara Walkathon pada 16 November lalu yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Matthew Lim Toh Loy, Senior Master of Administration. Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Mejar (B) Sopian bin Haji Mohammad Yassin, Penolong Pengarah Urusan YSHHB bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.