2017-0802-aipc01

Pada hari Rabu 09 Zulkaedah 1438H bersamaan 2 Ogos 2017M pihak Dana telah menganjurkan acara tahunan iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang Bagi Anak-Anak Yatim yang berdaftar di DANA. Pihak DANA telah menjemput Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.

Pada majlis tersebut Seramai 10 pelajar terpilih, terdiri daripada anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2016 menerima Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (AIPC - DANA 2017). Pelajar-pelajar yang menerima Anugerah AIPC - DANA 2017 bagi Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR) terdiri daripada:

  • Awang Mohammad Shayzul Khairuddeen Shah bin Abdullah @ Mohammad Ryan dari Sekolah Rendah Sungai Kebun;
  • Awang Muhammad Wafiy Radhiy bin Aminuddin dari Sekolah Jigsaw;
  • Dayang Najihah binti Haji Najdi dari Sekolah Persediaan Arab;
  • Awang Muhammad Faiz bin Haji Mat Yassin dari Sekolah Rendah Lumut, Kuala Belait;
  • Awang Norzaeem Mierza Darwisy bin Jaini dari Sekolah Rendah Pulaie.

Sementara penerima AIPC - DANA 2017 bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama Darjah 6 (SSSRU) terdiri daripada:

  • Dayang Nur Syarah Basirah binti Yahaya dari Sekolah Ugama Keriam, Tutong;
  • Dayang Siti Nur Afifah Khairiyah binti Muhammad Nor Arif dari Sekolah Ugama Anak-anak Polis Diraja Brunei;
  • Dayang Nurakilah Syadzwani binti Abdullah Mohammad Ronney dari Sekolah Ugama Penanjong, Tutong;
  • Dayang Ummi Fasihah binti Haji Talipuddin dari Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah;
  • Dayang Adi Nurhanani binti Mohd. Ali dari Sekolah Ugama Lamunin, Tutong.

Pada Majlis tersebut juga disertakan dengan Majlis Penerimaan Sumbangan Hasil Kutipan 'SMS' Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2016-2017. Projek yang berjalan selama 69 hari bermula dari 24hb November 2016 hingga 31hb Januari 2017 yang lalu telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak B$93,761.00.

Sumbangan dari orang ramai melalui talian 'SMS' DST yang berjumlah B$81,819.00 (Ringgit Brunei: Lapan Puluh Satu Ribu Lapan ratus sembilan belas Sahaja) dan juga sumbangan dari Syarikat DST yang berjumlah B$20,000.00 (Ringgit Brunei: Dua Puluh Ribu Sahaja).

Sumbangan dari orang ramai melalui talian 'SMS' Progresif Celullar Sdn Bhd yang berjumlah B$11,942.00 (Ringgit Brunei: Sebelas Ribu Sembilan Ratus Empat Puluh Dua Sahaja) dan sumbangan dari hasil kutipan orang ramai melalui tabung-tabung dana yang ditempatkan di sebahagian cawangan Progresif Celullar Sdn Bhd yang berjumlah sebanyak B$1,525.15