Sesi bergambar ramai bersama penerima-penerima AIPC-DANA 2024.

Pada hari Khamis, 6 Zulhijjah 1445H bersamaan 13 Jun 2024, Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2024 (AIPC-DANA 2024) kepada seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2023 iaitu Peperiksaan BCGCE ‘O’ Level seramai 5 orang, Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) seramai 5 orang dan Peperiksaan Sijil-Sijil Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) seramai 5 orang. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.