Pada hari Khamis, 1 Safar 1445H bersamaan 17 Ogos 2023 - DANA menerima sumbangan sebanyak B$500.00 dari Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TADEKHA)
semasa Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 Anjuran Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Abdullah @ Dollah bin Haji Ahad, Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pegawai Yayasan bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.