Pada hari Jumaat, 6 Jamadilakhir 1447 bersamaan 27 November 2025, Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) dalam Bentuk Kupon Bagi Pembelian Peralatan Dan Keperluan Persekolahan Bagi Tahun 2026 kepada anak-anak yatim DANA.
Nilai kupon sebanyak BND70.00 kepada anak-anak yatim yang berdaftar di Sekretariat DANA iaitu seramai 2,224 orang. Manakala bagi anak-anak yatim DANA yang berdaftar di sistem kebajikan negara akan menerima bantuan mereka dari agensi-agensi yang lain sama ada melalui Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Ugama Islam Brunei dan agensi-agensi lain yang berkenaan. Nilai keseluruhan kupon yang diserahkan pada majlis ini ialah sebanyak B$94,867.00
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selaku Ahli Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA kepada pegawai-pegawai daerah dan wakil pegawai daerah dari ke empat-empat daerah;