Pada hari Jumaat, 6 Jamadilakhir 1447 bersamaan 27 November 2025, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA menerima hasil kutipan ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2024-2025 berjumlah sebanyak B$68,184.00 dan sumbangan dari Syarikat DST sebanyak B$10,000.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Radin Sufri bin Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST.