Pada hari Selasa, 12 Muharam 1447 bersamaan 8 Julai 2025, DANA menerima sumbangan sebanyak B$400.00 dari Restoran Aomori Ramenya.


iaitu 20% dari hasil pendapatan Restoran Aomori Ramenya sepanjang bulan Syawal tahun 1446H. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Freddie Tse Tow dan Yang Mulia Awang Vincent Lim, Business Partner, Amori Ramenya dan diterima oleh Yang Mulia Awang Samsudin bin Haji Puasa, Pegawai Yayasan bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.