Pada hari Khamis, 26 Zulhijjah 1446H bersamaan 29 Jun 2025, Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim 2025 (AIPC-DANA 2025) kepada seramai 12 orang pelajar
yang terdiri daripada anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2024 iaitu Peperiksaan BCGCE ‘O’ Level seramai 3 orang, Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) seramai 5 orang dan Peperiksaan Sijil-Sijil Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) seramai 4 orang. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Menteri Pendidikan selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA.