DANA menerima sumbangan dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya

Pada hari Khamis, 26 Ramadan 1446 bersamaan 27 Mac 2025, DANA menerima sumbangan dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya. Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB menyampaikan sumbangan dari Perbadanan TAIB berjumlah sebanyak B$150,000.00, sumbangan dari Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd yang berjumlah B$10,000.00, sumbangan dari Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd berjumlah B$10,000.00 dan sumbangan dari Darussalam Holdings Sdn Bhd berjumlah sebanyak B$10,000.00.

P

Kesemua sumbangan-sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA.