
DANA menerima sumbangan keseluruhan sebanyak B$100,500.00 daripada 82 orang ahli-ahli Persatuan Brunei-China One Belt One Road
Pada hari Jumaat, 20 Ramadhan 1446 bersamaan 21 Mac 2025, DANA menerima sumbangan keseluruhan sebanyak B$100,500.00 daripada 82 orang ahli-ahli Persatuan Brunei-China One Belt One Road. Di majlis ini, seramai 82 ahli yang terdiri daripada syarikat perniagaan menyampaikan sumbangan mereka dan juga sumbangan dari ahli-ahli yang lain. Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA.










