
DANA menerima sumbangan sebanyak $678.54 daripada Sekolah Menengah Sayyidina Husain
Pada hari Rabu, 11 Ramadan 1446 bersamaan 12 Mac 2025, DANA menerima sumbangan sebanyak $678.54 daripada Sekolah Menengah Sayyidina Husain iaitu hasil kutipan melalui Acara Walkathon Bertaja Sempena Penubuhan 30 Tahun Sekolah Menengah Sayyidina Husain 2024 yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Zulidi bin Hj Mahali, Timbalan Pengetua Pentadbiran. Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Mejar (B) Sopian bin Haji Mohammad Yassin, Penolong Pengarah Urusan YSHHB bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif DANA.
