Pada hari Isnin, 30 Jamadilakhir 1446H bersamaan 02 Disember 2024M, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA menerima hasil kutipan ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2023-2024 berjumlah sebanyak B$186,068.00.
- Melalui talian perkhidmatan DST sebanyak B$121,038.00 dan sumbangan dari Syarikat DST sebanyak B$10,000.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST.
- Melalui talian perkhidmatan Progresif sebanyak BND62,078.00 dan sumbangan dari Syarikat Progresif Sdn Bhd sebanyak BND1,000.00 yang mana disampaikan oleh Yang Mulia Awang Abdul Hakeem bin Haji Basir, Ketua Pegawai Pentadbiran Syarikat Progresif Sdn Bhd.
- Melalui talian perkhidmatan Imagine sebanyak BND2,982.00. Sumbangan disampaikan oleh Yang Mulia Awang Allen Oh, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Imagine Sdn Bhd.
Majlis Pelancaran ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Bagi Tahun 2024 - 2025.
‘SMS’ Brunei Prihatin bagi DANA Tahun 2024 – 2025 dilancarkan oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA.
Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Dalam Bentuk Kupon Bagi Pembelian Peralatan Dan Keperluan Persekolahan Bagi Tahun 2025 kepada anak-anak yatim.
Nilai kupon sebanyak BND70.00 kepada anak-anak yatim yang berdaftar di Sekretariat DANA iaitu seramai 2,718 orang. Manakala bagi anak-anak yatim DANA yang berdaftar di sistem kebajikan negara akan menerima bantuan mereka dari agensi-agensi yang lain sama ada melalui Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Ugama Islam Brunei dan agensi-agensi lain yang berkenaan. Nilai keseluruhan kupon yang diserahkan pada majlis ini ialah sebanyak BND184,504.00
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA kepada pegawai-pegawai daerah dan wakil pegawai daerah dari ke empat-empat daerah;
Yang Mulia Awang Haji Md Khairul Sirajul Fikri bin Haji Jamaluddin, wakil Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara telah menerima kupon DANA untuk seramai 1,877 orang;
Yang Mulia Awang Haji Amir Azman bin POKPS DP Haji Abdul Rahman, Pemangku Pegawai Daerah Belait telah menerima kupon DANA untuk seramai 326 orang;
Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Hj Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong telah menerima kupon DANA untuk seramai 376 orang;
Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Omar, Pemangku Pegawai Daerah Temburong telah menerima kupon DANA untuk seramai 139 orang.