Pada hari Selasa, 28 Rabiulawal 1445H bersamaan 24 Oktober 2023M, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) menerima hasil kutipan ‘SMS’ Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2022-2023 seperti berikut:-
Melalui talian perkhidmatan DST sebanyak B$256,165.00 dan seterusnya sumbangan dari Syarikat DST sebanyak B$10,000.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Radin Sufri Radin Basiuni, Ketua Pegawai Eksekutif DST.
Melalui talian perkhidmatan Progresif sebanyak BND38,995.00 dan seterusnya sumbangan dari Syarikat Progresif Sdn Bhd sebanyak BND2,000.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Progresif Sdn Bhd.
Melalui talian perkhidmatan Imagine sebanyak BND2,884.00 yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Debbie Too, General Manager of Marketing Syarikat Imagine Sdn Bhd.
Derma Online
Sokong projek-projek DANA dengan memberikan derma secara online melalui kad debit atau kad kredit awda. Pemprosesan sumbangan akan dikendalikan oleh laman web rakan DANA (MyBillPayment).
"....Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin..."
- Surah Al-Baqarah Ayat 83
Hadis
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Bahawa harta ini hijau dan manis, maka sebaik-baik orang Islam ialah apa yang diberikan kepada orang-orang miskin, anak yatim dan Ibnu Sabil daripada hartanya"
- Abu Sa'id Al-Khudri
Pertanyaan
Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan BA 1511 Negara Brunei Darussalam
Telefon:(673) 2234085/087 Fax:(673) 2234086
Jumlah Pengunjung
Hari Ini200 Minggu Ini200 Bulan Ini1309 Jumlah177162